Buka My Computer dan pergi ke akses Local Disk (C:)
Cari folder yang berikut: Windows > Microsoft.Net > Framework (C:\Windows\Microsoft.NET\Framework)
Kemudian, buka folder dengan versi nombor yang terbaru. Contohnya; v4.0.30319. Rujuk gambar dibawah.
Selepas buka folder, pilih mana-mana file dengan extension ".dll". Right click pada file tersebut dan pilih "properties". Rujuk gambar dibawah.
Kemudian, klik pada tab "details".
Di bahagian product version, anda dapat lihat versi .Net Framework yang ada pada PC/laptop anda. Contohnya: 4.8.9032.0 (Rujuk gambar dibawah)
Jika versi .Net Framework anda ialah versi lama, sila download dan install versi terbaru dari link ini: https://dotnet.microsoft.com/en-us/download/dotnet-framework/net481?cid=getdotnetframework